Thursday, August 9, 2012

Persona Racing Group (PRG)



Dalam negara Malaysia terdapat ramai pemilik kereta Proton Persona. Oleh itu, terdapat juga beberapa kelab persona telah di tubuhkan. Maka untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara ahli-ahli kelab, PRG diwujudkan.

"FULL THROTTLE TO THE RED LINE", itulah slogan yang di gunakan bagi PRG.


PRG ni hanyalah group persona semata-mata dan ia bukanlah kelab persona yg lain. Tiada paksaan dan syarat untu menyertai group ini. Untuk pengetahuan anda antara ahli dlm group ini terdiri daripada member-meber kelab TPCC, PROCC, MyPS, PPEOC, PPOC, PNC,PNS, dan yg sewaktu dengan nya.

Oleh yg demikian anda masih ahli club anda dan group ini hanya menyatukan kita antara kelab persona lain untuk berkongsi pendapat, ilmu dan pengalaman baik atau buruk sesuatu ubahsuai. Pengubahsuaian tidak hanya pada enjin semata-mata tetapi apa-apa sahaja. Dengan ini mungkin kita dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dikalangan komuniti kita....dengan harapan untuk penjimatan kos

Diharap tiada yg menyalah ertikan tujuan penubuhan group ini. Pihak PRG memohon supaya kita tidak berpecah belah dengan club yang asal kita selepas menyertai group PRG ni dan tidak perlu la kita melebih-lebihkan PRG ini semasa ber TT dgn club masing-masing.

Admin PRG telah memilih 9 kereta dari kelab-kelab kereta persona yg berbeza untuk memiliki stiker admin (yg ada misai dan line biru). Kereta tersebut terdiri daripada
3 Black,
3 BlueBerry
2 metal grey
1 merah
dan kesemua adalah yang menetap di johor sahaja.

Manakala bagi member a.k.a follower, supaya tidak bercanggah dengan kelab-kelab anda,sticker PRG (tanpa misai) akan diberikan di atas permintaan bagi follower yg menetap dr luar Johor Bharu.
p/s:
Kepada follower-follower PRG, group kita ni memang tempat untuk mengompang kuat-kuat. tp jgn sesekali anda semua kompang atas iklan org lain, dan dilarang sama sekali bash bengkel2 lain dlm group nih. Saya selaku admin berhak untuk delete post anda atau mungkin terpaksa ban anda untuk kekal kan keharmonian group ini.

link group ini dalam facebook ialah  https://www.facebook.com/groups/personapc/

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan bersama antara beberapa kelab diantaranya yang berjaya dijalankan ialah Perjumpaan Kelab-kelab Persona Semalaya bertempat di Putrajaya.


No comments:

Post a Comment