Dalam negara Malaysia terdapat ramai pemilik kereta Proton Persona. Oleh itu, terdapat juga beberapa kelab persona telah di tubuhkan. Maka untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara ahli-ahli kelab, PRG diwujudkan.
"FULL THROTTLE TO THE RED LINE", itulah slogan yang di gunakan bagi PRG.
PRG ni hanyalah group persona semata-mata dan ia bukanlah kelab persona
 yg lain. Tiada paksaan dan syarat untu menyertai group ini. Untuk 
pengetahuan anda antara ahli dlm group ini terdiri daripada member-meber kelab TPCC, 
PROCC, MyPS, PPEOC, PPOC, PNC,PNS, dan yg sewaktu dengan nya. 
Oleh yg demikian anda masih ahli club anda dan group ini hanya 
menyatukan kita antara kelab persona lain untuk berkongsi pendapat, ilmu dan 
pengalaman baik atau buruk sesuatu ubahsuai. Pengubahsuaian tidak hanya 
pada enjin semata-mata tetapi apa-apa sahaja. Dengan ini mungkin kita dapat 
menyelesaikan masalah yang berkaitan dikalangan komuniti kita....dengan 
harapan untuk penjimatan kos
Diharap tiada yg menyalah ertikan
 tujuan penubuhan group ini. Pihak PRG memohon supaya kita tidak 
berpecah belah dengan club yang asal kita selepas menyertai group PRG ni dan tidak perlu
 la kita melebih-lebihkan PRG ini semasa ber TT dgn club masing-masing.
Admin PRG telah memilih 9 kereta dari kelab-kelab kereta persona yg berbeza 
untuk memiliki stiker admin (yg ada misai dan line biru). Kereta tersebut 
terdiri daripada
3 Black, 
3 BlueBerry 
2 metal grey 
1 merah
dan kesemua adalah yang menetap di johor sahaja.
Manakala bagi member a.k.a follower, supaya tidak bercanggah dengan kelab-kelab 
anda,sticker PRG (tanpa misai) akan diberikan di atas permintaan bagi 
follower yg menetap dr luar Johor Bharu. 
p/s:
Kepada follower-follower PRG,
 group kita ni memang tempat untuk mengompang kuat-kuat. tp jgn sesekali anda semua 
kompang atas iklan org lain, dan dilarang sama sekali bash bengkel2 lain
 dlm group nih. Saya selaku admin berhak untuk delete post anda atau 
mungkin terpaksa ban anda untuk kekal kan keharmonian group ini.
link group ini dalam facebook ialah  https://www.facebook.com/groups/personapc/ 
Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan bersama antara beberapa kelab diantaranya yang berjaya dijalankan ialah Perjumpaan Kelab-kelab Persona Semalaya bertempat di Putrajaya.